Zayyad da 6 bulan lebih.Dah boleh bagi makan,so kat sini nak share 1st solid food untuk Zayyad .Sama juga macam si abangnye Zareef.Puri epal is my choice teteapi yang berbeza kali ni aku guna `Baby Bullet' yang tengah trend sekarang ni untuk penyediaan puri Zayyad.Harga pun mampu milik.Masa Zareef dulu aku guna blender murah2 jer janji boleh pakai.Zaman tu kalau nak beli special blender for baby pun beratus2 harganya.Masa prepare food Zareef dulu aku guna blender biasa jer cuma blender tu hanya utk kisar makanan Zareef.Untuk si adik aku beli baby bullet ni x sampai rm 80 pun.Aku beli online jer masa promosi di LAZADA..Memang berbaloi2.Paling best memang kerja jadi mudah dan cepat.
p/s:aku x guna steamer so,ini cara yang praktikal untuk aku memasak
cara2 buat puri apple:
- 2 biji apple fuji di buang kulit dan dipotong kecil
-panaskan periuk yang berisi air,
- dah menggelegak masukkan buah apple yang di potong
-rebuskan untuk beberapa minit
-blend dengan air rebusan sedikit
- boleh simpan dalam baby cubes atau bekas comel
2 biji fuji apple |
di potong kecil |
rebuskan seketika |
blend dengan sedikit air rebusan |
letakkan dalam baby cubes |
simpan dalam baby cubes separuh bekas sahaja |
Untuk kali pertama boleh mix susu badan atau ebm dalam puri apple ni.Aku tak blend sekali dengan susu badan,hanya direct perah dari breast ke dalam puri masa nak bagi Zayyad makan,Kalau hantar ke pengasuh,mix dengan susu perahan dahulu ke setiap bekas.Aku mix puree dengan ebm utk 3 ari jer.Kemudian, aku bagi je Zayyad belajar merasai puree apple secara natural tanpa mix susu perahan.Lagipun Zayyad dapat menerima puree tanap perlu mix ebm.
Tujuan kita mix ebm dalam puree,supaya anak mudah terima dan tak terkejut merasa makanan baru.Yelah selama ni hanya minum susu badan je.kenapa aku buat 3 ari je?Dalam Islam pun tak elok kita makan buat bersama susu macam cocktail tu..sekali sekala ok la.So,ikutlah sunnah.
Ni aku share puri2 yang aku buat ..so boleh praktik ya..jgn lupa 4 days rules@memberi makanan yang sama selama 4 hari berturut2
Tempoh penyimpanan:
dlm freezer: 1 bln
Berikut carta pemakanan Zayyad mengikut bulan
6 bulan
puri apple
puri pear
puri kurma
puri pisang
7 bulan
puri carrot
puri kentang
puri avocado
puri apple + kurma
*intro air kanji
8 bulan
bubur nasi kosong
bubur nasi + keledek
bubur nasi+ kentang
bubur nasi+ kentang+carrot
bubur nasi+ carrot
CARTA PEMAKANAN ZAYYAD