Syawal pada tahun lepas aku masih berpantang dan usia Zareef ketika tu genap sebulan.Pertama kali sambut raya dengan anak.Zareef pun sempat melaram baju melayu yang dibeli oleh opah@mak aku.Aku plak still beraya walaupun tengah berpantang tapi, bab2 makan aku masih pantang walaupun terliur nak makan itu ini.Aduh nak jaga badan punya pasal.Berbeza tahun ni,aku kena bekerja semasa Hari Raya.Almaklumlah kerja nurse ni,kena bergilir2 raya.
Aku kerja syif pagi,jadi lepas kerja aku bleh beraya rumah sedara mara.Aku dah pesan pada suami bawa anak beraya tahun ni walaupun mama nya sibuk bekerja.Mulanya suami enggan sebab aku bekerja dan die pun nak buat OT...Aku tak setuju sebab anak perlu diutamakan dan diberi peluang untuk mengumpul duit raya..heheeee...sukenya anak bujang aku melaram tahun ni.Siap bersongkok bersamping.Dah setahun lebih usianya.Syawal 2012,tahun kedua Zareef menyambut hari raya,semoga die akan faham suatu hari nanti bila aku tak dapat nak beraya dengannya pada tahun-tahun berikutnya.This is how i work my son.
|
Zareef berusia sebulan pada Syawal 2011 |
|
Zareef teruja |
|
Dah pandai berkawan |
No comments:
Post a Comment