Zareef in my womb

Zareef in my womb

Sunday, 14 October 2012

Chicken satay

 Petang tadi aku buat satay untuk Zareef .Resepi yang sangat mudah dan tak banyak bahan yang aku guna.Bahan-bahannye adalah 2 ketul isi ayam,1 sudu besar unsalted butter,1/2 biji bawang merah,2 ulas bawang putih,serbuk lada hitam,1 btg serai,2 camca besar olive oil.

Cara-caranya:-

isi ayam dipotong kecil2 dan direbus dengan unsalted butter selama 10-15 min


hiris bawang dan kemudiannya dikisar halus

masukkan ayam dalam bekas bawang yang telah di kisar

letakkan sedikit serbuk lada hitam dan diperap selama 2jam ataupun lebih,lagi lama perap lagi sedap.

masak atas non stick pan,serai dititik dan sapu isi ayam dengan olive oil

aku guna chop stick kayu dan bukannya lidi satay ,sebab tajam dan takut mencederakan anak.

taraa.....masukkan isi ayam pada batang chop stick dan siap untuk di makan

makan time!

untuk makan malam bubur nasi dengan satay ayam







Sunday, 7 October 2012

Pasta-ghetthi with carrot sauce

Nama resepi ni pelik tul,tapi dah boleh agak da apa menu yang aku masak hari ni.Susah nak letak nama resepi ni.Aku buat pun asal boleh je.Janji anak aku dapat makan dengan apa yang ada.Asalnya hari ni nak buat spaghetthi bolognese versi baby,makanan favourite Zareef masa umur 11 bulan lebih.Tapi tomato dalam peti ais dah habis rupanya.Aku tak keluar pergi kedai pun semata2 nak beli bahan masakan yang tak cukup.Aku memang jenis simple.Sama jugak dengan masakan aku.Apa yang ade dalam peti ais aku masak.So,jadi la resepi yang tak seberapa ni.Apapun Zareef tak menolak untuk makan sebab die pun makan je apa yang aku masak.Like mother like son....ewwah2


Bahan2nye: Pasta Bowties dan Spaghetthi san remo
-pasta bowties tu aku patah2 kan jadi kecil dan spaghetti tu aku patah dua je
-rebus selama 20-30 minit dengan unsalted butter

Bahan2 utk sauce: 1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih,1/2 biji lobak merah,seketul isi ayam,1/2 biji kentang
-bawang besar dan bawang putih dipotong dadu
-lobak merah,ayam dan kentang di potong kecil2 dan di rebus selama 20 minit
kemudian di kisar halus
-tumis bawang dengan olive oil
- setelah keperangan,masukkan bahan kisar tadi,masak sehingga kuah jadi likat




















Saturday, 6 October 2012

Pam susu sambil FB



Inilah aktiviti aku dari pantang sampai sekarang.Pum susu sambil FB.Ramai juga ibu2 kat luar sana buat benda yang sama.Almaklumlah,di sini tempat aku cari ilmu terutamanya dalam group KIM(http://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/).Kini,Zareef sudah pun berusia 14 bulan lebih dan masih breastfeed.Hari ni,aku terlewat bangun.Mungkin keletihan agaknya,lepas solat subuh aku sambung tido dan bangun pada pukul 3 ptg.Terkejut di buatnya,anak di rumah BS,aku janji nak ambil jam 5 ptg.Mujur sebelah umah jer.Ada dua jam lagi aku perlu pam susu segera,nanti tak de stok pulak.Lepas solat zohor,aku terus buka FB dan start mengepam,aku perlu tenang.Hasilnya dapat la 8 oz je.Aku bersyukur dengan rezeki yang ada.

Aku masih mampu bagi anak susu badan walaupun tak de stok,caranya aku kerap pam,kalau skip pam memang hasil merundum.Tambah2 lagi dekat nak datang cik P,hormon pun berubah.Tapi aku usaha setiap hari.Tido aku pun tak menentu paling lewat jam 3 pagi.Tambah pula si kecil pun kadang2 tido lewat.Aduh anak......hehee.Selepas jam 12 malam,aku akan kerap mengepam untuk kegunaan esoknya.Aku dah tak buat stok memandangkan Zareef semakin membesar,dan keperluannya kini adalah pemakanan yang seimbang.Jadi setiap hari aku bekalkan stok yang fresh sebanyak 5-6 botol je.Zareef akan minum dalam 3-4 botol semasa aku bekerja.Biasanya aku pam antara 3-4 jam sekali.Masa pantang dulu setiap 2 jam sekali.Moral of the story,kita kena kerap mengepam susu.Insyaallah,usaha kita akan dipermudahkan olehNYA......






Tuesday, 2 October 2012

Butter rice with vege soup

Zareef dah masuk 14 bulan,masih suke makan nasi yang lembut ataupun bubur.Hari ni,untuk lunch die,aku buatkan nasi lembut dengan sup je.Ternyata die menerima dengan hati terbuka,hehee...Sesi makan merupakan aktiviti yang menyeronokkan kerana Zareef diberi kebebasan untuk makan sendiri sambil aku menyuapkannya.Setiap kali makan,aku on Baby tv ataupun bagi die tgk kartun depan tv.

Bab rumah jangan cakap la.Berterabur makanan kalau bagi die makan sendiri.Tapi aku tak kisah,itu sesi pembelajaran untuk Zareef.Lama2 ok la tu,dah ader skill.Memang penat sikit la sebab kena

kemas,menyapu,mop lantai setiap kali die makan.Bila tengok anak makan makanan yang kita masak dan habiskan memang puas hati.Hilang segala penat lelah..

Anyway,resepi aku memang simple je.Caranya:


  Butter rice-
  • Masak segenggam beras bersama unsalted butter,biar masak sampai lembut dan likat, dah masak isi dalam cawan dan telangkupkan               


   Vege soup-


  • 1/2 biji bawang besar dan 2 ulas bawang putih dikisar, dan tumis bersama dengan olive oil
  •  Setelah agak keperangan,masuk ikan bilis yg ditumbuk atau stok ayam
  • masukkan beberapa biji buah pelaga,bunga lawang,kayu manis,dan serbuk lada hitam
  • Kemudian masukkan sayur-sayur pilihan,aku guna carrot,kubis bunga,daun sup,daun bawang dengan cendawan tiram dan masak sampai sayuran empuk,       
       


Taraa...dah siap letak dalam pinggan besar




Hias dengan telur rebus


Makan sambil tangan sebelah pegang telur rebus,mana satu nak makan ni.