Zareef in my womb

Zareef in my womb

Friday, 30 November 2012

Keow teow sup Zareef

Genap sudah usia Zareef 16 bulan,cepatnye masa berlalu..anak bujang aku ni bertambah aktif dan banyak akal sejak akhir2 ni.Aduh anak,tercabar emosi dan fizikal mama melayan karenah Zareef ni.Adakalanya die terlalu manja dan merengek-rengek tanpa sebab.Mungkin inginkan perhatian lebih.Maklumlah,mama Zareef ni bekerja kemudian balik keje jer sibuk menguruskan hal rumah dan mengepam susu untuk stok.

Untuk dinner die hari ni aku buatkan keow teow sup jer.Suke die hirup sup.Keow teow sup ni aku campak2 bahan jer.Janji bahan-bahan dalam sup tu kegemaran die.





Tumis bawang putih,bawang merah dan halia dengan olive oil,
Masukkan kulit kayu manis,bunga cengih dan biji pelaga
Tambah sedikit ikan bilis yang telah di rendam(utk hilangkan rasa masin)
Masukkan isi ayam,sayur mayur pilihan-aku guna putik jagung,carrot,cendawan tiram je
Akhir sekali  letak sedikit masukkan keow teow, serbuk lada hitam dan daun sup

Yang penting tiada tambahan garam dalam menunya.Cukuplah dengan ikan bilis jer.

Sunday, 25 November 2012

Dinner tanpa Zareef


Malam semalam,aku teman Mr.Hubby dinner dekat Shangri-La Hotel sempena Anniversary tempat keje die(DIGISTAR HOLDINGS).Ini kali kedua aku teman die.Kali pertama dulu aku tengah mengandung,bertiga la kiranya,heehee.Kali ni aku terpaksa tinggalkan Zareef dekat rumah adik.Tema kali ni black and gold.Aku mix and match baju yang ader,yang penting ikut tema.Lambat gak kami 'pick up' Zareef.Ternyata die tunggu kami balik,memang berjaga la dier.Balik umah jer tak nak tido.Boikot la tu sebab tinggalkan dier.




masa ni preggy 2 bln 

balik umah jer mengadap pc jam dah pukul 2 pagi,naik rabak mata mama ..dier plak mata membulat





Tuesday, 13 November 2012

Jejari roti bakar



Hari ni aku bekalkan snek kepingan roti bakar untuk Zareef ketika dalam jagaaan BS.Malam tadi aku dah siap bakar roti dan simpan dalam bekas bertutup.Asyik bekalkan buah-buahan jer as a snek,takut Zareef jemu walaupun pada hakikatnye dier sangat suke dragon fruit.Aku keje petang,sempat la nak buat spaghetti untuknya.Memang favourite Zareef ni...










Cara2 nak buat jejari roti bakar









Aku suke guna roti jenama MASSIMO,sekeping roti dipotong 6 bahagian dan disapu dengan unsalted butter pada permukaan atas dan bawah roti




Dibakar selama 15-20 minit dengan suhu 180c






Siap untuk di makan,susun ikut kreativiti masing2 untuk menarik minat anak anda makan





Wednesday, 7 November 2012

Cheezy fried mushroom

Terlintas nak buat cendawan goreng tepung,selalu tengok orang jual kat pasar malam jer.Petang tadi aku pun buat la cendawan goreng untuk Zareef,kebetulan cheese kat dalam peti ais tak berusik.Aku dapat idea nak buat cheezy fried mushroom.Ewah..ewah...hasilnya,memang sedap sebab papa  Zareef pun join makan sekali.Mamanya plak sibuk kat dapur goreng cendawan sampai 2 kali






Bahan2 nya sebiji telur di pukul bersama satu sudu besar tepung gandum,cendawan tiram,cheese block,olive oil untuk mengoreng



Selepas siap goreng,parut cheese atas cendawan.




Hasil gorengan kedua untuk papa Zareef,tapi Zareef pun berebut nak makan lagi .