Zareef in my womb

Zareef in my womb

Thursday, 14 March 2013

Zareef 19 bulan masih menyusu badan


Sedar tak sedar,usia Zareef dah 19 bulan,hujung bulan ni 30.3.13 Zareef dah masuk 20 bulan.Misi penyusuanku hampir berjaya.Bukan mudah nak menyusu sepenuhnya sehingga 2 tahun.Pelbagai cabaran perlu kita tempuh.Hati aku nekad untuk ' wean him off ',genap 2 tahun atau lebih.Bukan suatu perkara yang mudah,jarang diperbincangkan sebabnye kita percaya anak2 ini akan berhenti sendiri bila tiba waktunya.Tapi ikut nasib juga,ader anak yang mampu berhenti sebelum usia 3 tahun,ader yang tak berhenti sampai masuk tadika dan bersekolah rendah darjah satu.Wow, suatu tempoh yang sangat lame.Namun susu ibu bukan sumber utama bagi kanak2 yang melepasi usia 2 tahun.Susu ibu pada usia tersebut sekadar kasih sayang dan untuk emosi hubungan erat antara anak dan ibu.Namun tiada salahnya kalau nak 'extend breastfeeding'.

Untuk memastikan misi bercerai susu berjaya.Aku mulakan langkah demi langkah.Caranya masuk saja umur Zareef setahun lebih,aku mula perkenalkan rasa fresh milk jenama farm fresh.Dengan alasan untuk biasakan dier dengan rasa susu yang lain.Hasilnya,dier memang tak suka,mungkin bau nya yang kurang enak.Kemudian aku cuba perkenalkan yogurt farm fresh.Aku buatkan yogurt buah-buahan(rujuk post bulan SEP 2012) hasilnya Zareef memang suke.

Disebabkan Zareef belum bersedia,aku tak memaksanya,aku pernah cuba beri susu dengan menggunakan sudu,masuk dalam botol yang dicampur dengan susu ibu dan guna sippy cup,tapi die luahnya susu dalam mulut sambil menyembur-yembur, hurm...protes ler tu.Hasil pemerhatian ku usia antara 12-15 bulan dier masih suka dengan rasa susu ibu dan belum dapat menerima rasa susu lain,tapi jika dalam masakan seperti dalam pembuatan kek,roti,biskut, dier dapat menerimanya.

Pada usia 16-17 bulan,aku perkenalkan lagi fresh milk,tapi aku pilih jenama selain farm fresh seperti dutch lady atau goodday,hasilnya dier minum sedikit walaupun tak banyak,kemudian aku mula buat yogurt drink, yang di campur dengan fresh milk (rujuk post bulan JAN 2013-YOGURT DRINK untuk cara2 penyediaannya).Pada usia ini Zareef dah pandai meminta sesuatu minuman yang ader dalam peti ais.Zareef menunjuk2 air kotak berperisa..Aku akur dengan permintaannya sebab Zareef mula mengamuk2 dan menangis tanpa henti.Aku letak straw dan dier minum tanpa meluahkannya.Jadi aku dapat idea untuk letak fresh milk dalam peti ais.Akhirnya dier minum fresh milk jenama dutch lady guna straw.Sukenya dier pegang susu kotak besar 1 liter sambil sedut susu guna straw.Memang kena pantau sebab susu kotak tu besar dan takut tertumpah plak bile dier pegang.Bukan dier minum habis 1liter tu,sekadar minum2 je,bakinya aku yang habiskan.Cukuplah bagi dier merasa sebab komponen utama sumber susu nya tetap breastmilk.

Jadi aku nekad,pilihan susu untuk Zareef pada usia 2 tahun nanti ialah fresh milk Pada usia Zareef 18-19 bulan, aku bagi fresh milk sekali sekala guna botol susu  itupun lepas aku direct feeding.Aku bagi dier pegang botol susu sendiri ketika baring bersama.Untuk jayakan penyusuan sepenuhnya jangan campur susu  hari2 tetapi sekali sekala tu boleh la kalau dah plan nak bercerai susu.Jika mommies kat luar tu yang tak der plan nak bercerai susu,teruskan lah menyusu tanpa memperkenalkan susu lain.Apapun semua di atas pilihan sendiri,lain anak lain ragamnya...