Zareef in my womb

Zareef in my womb

Monday, 22 April 2013

Momma Zareef make-up

Ouls.......dah lamer gak aku tak posing2 ni.Entah macam ne ex-patient aku yang juga seorang doktor merangkap MUA ajak aku make-up.Semuanya tak dirancang namun `planning make-up2' ni menjadi juga.Aku terima pelawaan Dr.Mukhlis ni dengan hati terbuka.Ya...dier sangat tekun dengan solekannya.Sangat2 sempurna walaupun baru dalam dunia solekan dan andaman.Beliau bukan sahaja pandai menyolek2,namun pandai juga menjahit manik pada baju2.To know more about him,juz take a look at his page ya!
https://www.facebook.com/mukhlis.idris?ref=ts&fref=ts


get ready to make-up



it's me

bersama kawan sekerja yang jadi model untuk Dr Mukhlis Design

posing skit..ewah2

Sunday, 7 April 2013

Zareef bergerak bebas

Seronoknya dapat bawa Zareef bermain2 di Molly Fantasy AEON Wangsa Maju.Terujanye dier tak terkata dan nampak sangat dier over excited dapat bermain kat situ.Kalau dekat umah,pergerakan nye terkawal.Ada saja teguran dari mulut aku ni.Bukan apa,kat dalam umah ni bukan sesuai nak main panjat-panjat,berlari atau melompat,takut mendatangkan kecederaan kalau tak di pantau.Di tambah pula dengan keadaan rumah yang sempit dan banyak barang apatah lagi umah flat yang aku duduk ni.Apapun aku bersyukur sekurang-kurangnya ader tempat berlindung dan menginap bersama keluarga tersayang.Bila bawa Zareef ke tempat macam tu,aku dapat lihat kegembiraanya.Die asyik berlari2 dan melompat tanpa halangan.Sangat2 selamat,kalau jatuh pun rasa macam jatuh kat tilam empuk jer.Segala persekitarannya di lindungi material getah yang tebal dan lembut.



masuk2 jer terus kutip bola



tak lepas pegang bola



Aku pun join main sekali gan anak




bergambar bersama




nak peluk semua bola






dah pandai nak berkawan




cuba skill baru




kejar bola





bergerak bebas




ketuk2 drum


Zareef  sangat minat dengan bola2 kecik ni.Keesokannya suami terus beli bola ni untuk Zareef.Apa lagi,suke tak terkata dapat bola yang banyak tu.Penuh satu umah dengan bola2 dier.Jadi tukang kutip bola la aku setiap hari.Aduh anak.....mama sayang awak sangat even awak banyak ragam.






Tuesday, 2 April 2013

Mini cekodok pisang bersusu

Zareef baru sembuh dari demam,2-3 hari ni selera makan dier kurang entah kenapa asyik meragam jer kat umah.Tapi kat umah BS ok jer.Makan pun boleh tahan.Biasa la,dah meningkat dewasa,banyak cara dier nak tarik perhatian aku,.Kadang2 aku rasa give-up nak keje,nak duduk umah jadi fully housewife yang berjaya.Ewaah2...So,untuk dinner tadi aku goreng jer cekodok pisang.Adunan cekodok pisang ni aku dah buat kelmarin disebabkan pisang montel tak berusik oleh Zareef.Selalu dier nak makan pisang.Dah demam,pisang pun tak lalu nak makan.Sekurang-kurangnya Zareef menjamah juga cekodok pisang walaupun tak banyak


bahan2 nye:
 -2 biji pisang montel
-1 sudu besar unsalted butter
-1 cawan kecil fresh milk
-tepung gandum
-olive oil untuk menggoreng
caranya:
 ramas pisang montel bersama unsalted butter
masukkan fresh milk dan kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit



mini cekodok pisang bersusu..nyum2...