Zareef in my womb

Zareef in my womb

Friday, 14 June 2013

Ikan goreng talapia masak tomato

Tengahari tadi aku sediakan lunch Zareef ikan talapia masak tomato.Habis die makan nasi hari ni.Alhamdulilah....tak lama lagi Zareef nak masuk 2 tahun.Jadi banyak makanan yang Zareef boleh makan lepas ni.Apapun aku masih pantau pemakanan Zareef ni.Kalau setakat sekali sekala makan makanan kurang berkhasiat macam keropok,coklat aku izinkan.Almaklumlah,budak2 yang dah membesar,selagi tak dapat sesuatu memberontak la die.Kalau aku sekat nanti ader orang lain pulak yang akan bagi.Aku bersyukur kerana Zareef membesar dengan susu ibu dan `homemade food'.Harapanku,jika ader anak lagi,aku ingin buat yang terbaik.Anak pertama merupakan pengalaman untuk aku belajar dari kesilapan.

Bahan2:
-satu bahagian ikan yang di potong kecil
-serbuk kunyit dan serbuk lada hitam
(goreng ikan bersama minyak jagung hingga garing)

Bahan2 utk sos tomato:
-1/2 biji bwg besar dan 1 ulas bawang putih di tumbuk halus
-1/2 biji tomato dicincang
- carrot

1.Tumiskan bawang yang telah di tumbuk halus sehingga keperangan.
2.Masukkan tomato yang dicincang bersama carrot yang di potong kecil
3.Tambah air sedikit demi sedikit untuk dijadikan sebagai kuah,masak sehingga
    kuah menjadi pekat


aku hias nasi guna tomato sebagai mata dan mulut

simple jer


god job Zareef!