Zareef in my womb

Zareef in my womb

Monday, 16 December 2013

2nd preggy

Alhamdulilah genap 6 bulan aku mengandung anak kedua.Kandungan kali ini tidak banyak beza dari kandungan pertama.Cuma aku cepat letih dan sedikit malas.Kali ini juga aku tidak mengalami mual muntah.Syukur alhamdulilah kerana diberi kekuatan untuk bekerja dan mengurus rumahtangga.Untuk kandungan kali ini aku tidak kisah akan jantina anak yang bakal lahir kerana,ALLAH SWT dah tetapkan jantina untuk aku dan aku perlu redha menerima apapun jantina anak.Walaupun anak sulungku lelaki,namun aku masih mempunyai anak buah perempuan dan adik beradik perempuan.Jadi kalau kandunganku bukan anak perempuan, aku tidak bersedih hati.

Aku sangat2 teruja dengan tendangan anak kedua kerana gerakannya kuat namun tidak seaktif kandungan pertamaAnak sulungku aktif menendang namun perlahan.Aku dapat rasakan anak kedua ini lebih mudah dijaga..insyaallah.

Kali ini aku berazam untuk menjadi ibu yang lebih baik dan penyabar.Bukan mudah untuk mendidik anak sebenarnya,tapi itulah tanggungjawab kita untuk mencorak anak2 ini.Insyaallah semoga segalanya dipermudahkan.
6 mth preggy

6 mth + preggy