Zareef in my womb

Zareef in my womb

Monday, 28 April 2014

Pengalaman bersalin anak kedua Raja Zayyad Rasyad


Kenangan yang tak mungkin aku lupa sepanjang bergelar seorang ibu dan semestinya pengalaman bersalin.Minggu2 terakhir,aku mula  gelisah sebab memikirkan usia kandungan yang hampir mencecah 40 minggu dalam beberapa hari lagi.

Pada 2.3.14 jam 6 pagi aku mula rasa sakit perut yang memulas dan kontraksi yang sedikit kuat berbanding malam tadi.Aku mula rasa tak selesa.Aku terus ke tandas,dan aku lihat ada lendiran kecoklatan.Tapi aku masih `cool' lagi sebab tiada keluaran darah dan kontraksi ketika itu tidak kerap.Aku pun terus solat Subuh.Selesai solat aku berdoa agar dipermudahkan kelahiran dan berharap kandunganku tidak overdue dan aku tidak mahu induce.Aku inginkan sakit bersalin secara semulajadi.

Selesai solat,aku mula rasa tak selesa,sakit terlalu kuat.Satu jam,aku rasa kontraksi antara 5-6 kali.Aku tak sempat tengok jam berapa minit kesakitan yang di alami.Kemudian keluar pula tanda lendiran bercampur darah.Aku terus kejutkan Mr.Hubby dari tidur,cakap dah mula rasa sakit2.Masa tu jam hampir 7 pagi.

Lepas Mr.Hubby solat Subuh,aku minta die standby makanan,sebab aku rasa macam nak bersalin hari ini.Aku mula wassup member2 cakap aku dah sakit2.Ikut jadual aku bekerja syif petang.Aku tak sure samada aku mampu tahan sakit sampai tengahari.Dalam pukul 8 lebih aku mula siap2 mandi,aku cakap tak tahan sakit.Aku tengok jam pukul 8.30 pagi.Hubby belikan roti canai untuk sarapan.Aku mengunyah sambil tahan sakit dan melakukan senaman pernafasan.Jam 9 pagi sakit kontraksi datang setiap 5 minit.aku menjerit minta di hantarkan ke wad bersalin segera sebab rasa sakit yang teramat sangat.Aku mula marah2 minta suami kejutkan Zareef dan bergegas ke hospital.

Zareef muka terpinga2 dan tak mandi senyap tengok aku tak keruan...dalam kereta aku dah mengerang sambil baca doa nabi yunus dan berzikir

Sampai hospital aku terus di bawa ke wad bersalin oleh guard dengan kerusi roda sebab hubby x dapat nak hantar aku sebab Zareef  dalam kereta.Sampai wad bersalin bukaan rahim aku di periksa.Terdengar suara2 doctor cakap kalau pecahkan ketumban terus bersalin.Rupanya bukaan aku 8-9 cm sahaja.

Tepat jam 1019am aku bersalin.Waktu tu suami baru sampai rumah dan siapkan Zareef.Terkejut die dapat tahu aku dah bersalin.Alhamdulilah,syukur kepadaNYA kerana mempermudahkan proses bersalin kali ni.



Kaedah marmet


Kaedah marmet ialah memerah susu menggunakan tangan.Tujuan aku mermet untuk mengalakkan pengeluaran susu dan mengeluarkan susu dengan mudah ,cepat dan kurang sakit.Aku guna kaedah ini pada hari ketiga selepas bersalin.Warna susu aku ketika ini kekuningan kerana masih  mengandungi kolostrum.Di sebabkan pam medela harmony aku x de membran,so terpaksa la marmet sementara tunggu membran sampai.Aku pun dah ajar anak minum EBM menggunakan botol.Aku guna puting NUK yang seakan2 puting susu ibu.Puting NUK ni boleh beli dekat guardian ye.Masa anak pertama aku belum pandai marmet.Maklum lah tak pernah pergi kursus laktasi.So,x dapat belajar dengan betul.Pernah juga hadiri ceramah tentang breasfeeding masa f/up dan di ajar marmet tapi masih belum cekap.Walaupun tak pandai marmet ketika tu,aku tetap perah guna tangan dan keluaran tak sampai 1 oz pun.Sekurang-kurangnya anak dapat minum susu ibu walaupun sedikit.

Keluaran hari pertama dan kedua ialah kolostrum,so bila pam memang tak keluar.So,untuk yakin bahawa ade kolostrum boleh cuba kaedah marmet ni.Disebabkan aku dah hadir kursus laktasi 20 jam.Aku mula pandai untuk marmet semasa Zareef  setahun lebih.Jadi untuk anak kedua,aku mampu marmet dan hasilnya agak memuaskan.



Aku perah terus ke dalam baby cubes ni








Prepare  EBM untuk Zayyad dan dia hanya minum 1 oz sahaja.




Aku start pam susu lepas dapat membran `medela harmony'(jenama pam yg aku guna).Genap seminggu aku dah kumpul stok sikit2.Stok tu aku guna untuk ajar anak minum EBM.




kaedah marmet,yang aku google...bleh practice yer






















3d/4d scan

Aku nak berkongsi pasal 3d/4d scan yang pernah aku lakukan untuk kedua2 anak aku .Sonographer yang scan Zayyad, adalah orang yang sama scan Zareef dulu.Aku buat kajian tentang  tempat-tempat yang menawarkan harga scan yang berpatutan serta memuaskan hati.Caranya search FB 3D/4D Scan Malaysia.Dekat page tu memang mudah untuk kita buat appointment.Hanya booking online jer.Dulu aku kena call buat appointment.Sekarang ni kita boleh pilih tarikh,tempat dan sonographer.Kebetulan aku tengok ada nama Miss Jezzlyn.So,aku decide pilih die untuk scan baby ku.

Masa aku datang appointment , lama juga kena tunggu.Berbanding dulu kejap jer tunggu.Mungkin dah ramai guna khidmat die.Siap ada couple keluar masuk berkali2.Pada fikiran ku,Miss Jezz akan lakukan yang terbaik untuk dapatkan hasil 3d/4d scan ni.Kalau tak nampak muka baby,no charge ya!.Tapi die akan sedaya upaya bagi khidmat terbaik dan pastinya kita berpuas hati.

MY BABY ZAYYAD IN MY WOMB