Zareef in my womb

Zareef in my womb

Monday, 28 April 2014

Kaedah marmet


Kaedah marmet ialah memerah susu menggunakan tangan.Tujuan aku mermet untuk mengalakkan pengeluaran susu dan mengeluarkan susu dengan mudah ,cepat dan kurang sakit.Aku guna kaedah ini pada hari ketiga selepas bersalin.Warna susu aku ketika ini kekuningan kerana masih  mengandungi kolostrum.Di sebabkan pam medela harmony aku x de membran,so terpaksa la marmet sementara tunggu membran sampai.Aku pun dah ajar anak minum EBM menggunakan botol.Aku guna puting NUK yang seakan2 puting susu ibu.Puting NUK ni boleh beli dekat guardian ye.Masa anak pertama aku belum pandai marmet.Maklum lah tak pernah pergi kursus laktasi.So,x dapat belajar dengan betul.Pernah juga hadiri ceramah tentang breasfeeding masa f/up dan di ajar marmet tapi masih belum cekap.Walaupun tak pandai marmet ketika tu,aku tetap perah guna tangan dan keluaran tak sampai 1 oz pun.Sekurang-kurangnya anak dapat minum susu ibu walaupun sedikit.

Keluaran hari pertama dan kedua ialah kolostrum,so bila pam memang tak keluar.So,untuk yakin bahawa ade kolostrum boleh cuba kaedah marmet ni.Disebabkan aku dah hadir kursus laktasi 20 jam.Aku mula pandai untuk marmet semasa Zareef  setahun lebih.Jadi untuk anak kedua,aku mampu marmet dan hasilnya agak memuaskan.



Aku perah terus ke dalam baby cubes ni








Prepare  EBM untuk Zayyad dan dia hanya minum 1 oz sahaja.




Aku start pam susu lepas dapat membran `medela harmony'(jenama pam yg aku guna).Genap seminggu aku dah kumpul stok sikit2.Stok tu aku guna untuk ajar anak minum EBM.




kaedah marmet,yang aku google...bleh practice yer






















No comments: