Zareef in my womb

Zareef in my womb

Friday 24 February 2012

Stok EBM Zareef terkini


Lagi 6 hari usia Zareef  7 bulan...walaupun stok tak sebanyak sewaktu berpantang,aku masih bersyukur dengan rezeki yang ade.Stok yang sederhana ini la yang aku gunakan setiap hari jika Zareef bersama BS  ketika aku bekerja ataupun keluar berjalan2.Jangan la kita memperbandingkan stok yang kita ader dengan orang lain.Kelak,kita akan berasa kecewa dan tidak bersemangat.Akhirnya,kita tidak berjaya menyusukan anak sepenuhnya.Apa yang penting,kita mesti pam walaupun susu tak de.Semua tu rangsangan untuk cik B menghasilkan susu selain kerapkan bayi menyusu dengan kita.Jadi susu sentiasa ade walaupun tak banyak.Sekurang2nye kita dapat berjimat.Jangan la kita tertekan sebaliknya sentiasa tenang dan tawakal.Insyaallah...........






Stok frozen EBM




Sunday 19 February 2012

Stok EBM beku cair


Gambar di bawah merupakan stok EBM di bahagian freezer aku telah cair sedikit pada 26.12.2011 sebab aku tersalah pusing suhu peti ais.Oh no..terkedu aku dibuatnya,terkilan,sedih semua ada. Hasil pemeriksaan terdapat 10 stok EBM yang cair sedikit dan perlu di habiskan dalam masa 24 jam.Aku pindahkan semua stok ke bahagian bawah(chiller).Malam tu aku kerja malam,jadi mampu ker anak aku nak minum sebanyak ini.Akhirnya BS aku terpaksa buang lebih kurang 3 botol.Lepas ni aku kena berhati2,mana la tahu kalau blackout pula mcm maner?Rupanya segala yang berlaku ader hikmahnya.Tiba2 terlintas di fikiran untuk handle stok EBM agar terpelihara dari segi kualiti.Jadi aku dapat idea, supaya simpan stok sederhana aje dan lebihkan simpanan stok EBM yang fresh pada bahagian bawah dan boleh tahan sampai 3-5 hari,ader yang kata seminggu.Jadi cara aku sekarang ni lepas pump dekat tempat kerja je, balik rumah aku terus simpan pada bahagian bawah.Esok pun macam tu ,lepas perah aku letak kat bawah je,jadi aku dapat bekalkan stok yang fresh untuk Zareef semasa bawah jagaan BS.Tapi kalau aku pump sikit jer kat tempat kerja,aku
akan keluarkan 1-2 botol stok EBM bahagian freezer untuk dibekalkan keesokannnya hari.Selalunya aku akan bawa stok 7-8 botol x 3.5 oz.Zareef akan minum dalam 5-6 botol sehari.Selebihnya untuk stok umah BS untuk kes2 emergency kalau aku balik lambat.Jadi aku dapat pengajaran agar agihkan stok2 yang ader kat umah di rumah keluarga terdekat, dan di rumah BS.Kalau berlaku hal tak diingini macam tak tutup peti ais rapat,peti ais rosak atau blackout,kita masih ader backup stok.Walaupun susu aku tak semeriah orang lain sampai penuh deep freezer namun aku masih bersyukur kerana masih ader susu lagi walaupun anak dah 6 bulan lebih Alhamdulilah REZEKI Zareef.