Zareef in my womb

Zareef in my womb

Sunday 2 December 2012

Ikan talapia kukus

Untuk dinner Zareef hari ni aku buatkan ikan talapia kukus makan bersama nasi putih.Menu makan malam aku dan suami juga bertemakan kukus.Kali ni aku tak bagi Zareef makan sendirian,takut tercekik tulang ikan plak.So,aku suapkan die.Laju dier makan.Suka hirup kuah ikan kukus tu.

Cara-caranya:
-bawang besar,bawang putih,halia,dihiris halus,tabur diatas permukaan ikan.
-susun hirisan tomato sekeliling ikan dan dihias taburkan daun sup,kemudian tambah dengan perahan limau nipis dan kukus selama 15-20 minit






Friday 30 November 2012

Keow teow sup Zareef

Genap sudah usia Zareef 16 bulan,cepatnye masa berlalu..anak bujang aku ni bertambah aktif dan banyak akal sejak akhir2 ni.Aduh anak,tercabar emosi dan fizikal mama melayan karenah Zareef ni.Adakalanya die terlalu manja dan merengek-rengek tanpa sebab.Mungkin inginkan perhatian lebih.Maklumlah,mama Zareef ni bekerja kemudian balik keje jer sibuk menguruskan hal rumah dan mengepam susu untuk stok.

Untuk dinner die hari ni aku buatkan keow teow sup jer.Suke die hirup sup.Keow teow sup ni aku campak2 bahan jer.Janji bahan-bahan dalam sup tu kegemaran die.





Tumis bawang putih,bawang merah dan halia dengan olive oil,
Masukkan kulit kayu manis,bunga cengih dan biji pelaga
Tambah sedikit ikan bilis yang telah di rendam(utk hilangkan rasa masin)
Masukkan isi ayam,sayur mayur pilihan-aku guna putik jagung,carrot,cendawan tiram je
Akhir sekali  letak sedikit masukkan keow teow, serbuk lada hitam dan daun sup

Yang penting tiada tambahan garam dalam menunya.Cukuplah dengan ikan bilis jer.

Sunday 25 November 2012

Dinner tanpa Zareef


Malam semalam,aku teman Mr.Hubby dinner dekat Shangri-La Hotel sempena Anniversary tempat keje die(DIGISTAR HOLDINGS).Ini kali kedua aku teman die.Kali pertama dulu aku tengah mengandung,bertiga la kiranya,heehee.Kali ni aku terpaksa tinggalkan Zareef dekat rumah adik.Tema kali ni black and gold.Aku mix and match baju yang ader,yang penting ikut tema.Lambat gak kami 'pick up' Zareef.Ternyata die tunggu kami balik,memang berjaga la dier.Balik umah jer tak nak tido.Boikot la tu sebab tinggalkan dier.




masa ni preggy 2 bln 

balik umah jer mengadap pc jam dah pukul 2 pagi,naik rabak mata mama ..dier plak mata membulat





Tuesday 13 November 2012

Jejari roti bakar



Hari ni aku bekalkan snek kepingan roti bakar untuk Zareef ketika dalam jagaaan BS.Malam tadi aku dah siap bakar roti dan simpan dalam bekas bertutup.Asyik bekalkan buah-buahan jer as a snek,takut Zareef jemu walaupun pada hakikatnye dier sangat suke dragon fruit.Aku keje petang,sempat la nak buat spaghetti untuknya.Memang favourite Zareef ni...










Cara2 nak buat jejari roti bakar









Aku suke guna roti jenama MASSIMO,sekeping roti dipotong 6 bahagian dan disapu dengan unsalted butter pada permukaan atas dan bawah roti




Dibakar selama 15-20 minit dengan suhu 180c






Siap untuk di makan,susun ikut kreativiti masing2 untuk menarik minat anak anda makan





Wednesday 7 November 2012

Cheezy fried mushroom

Terlintas nak buat cendawan goreng tepung,selalu tengok orang jual kat pasar malam jer.Petang tadi aku pun buat la cendawan goreng untuk Zareef,kebetulan cheese kat dalam peti ais tak berusik.Aku dapat idea nak buat cheezy fried mushroom.Ewah..ewah...hasilnya,memang sedap sebab papa  Zareef pun join makan sekali.Mamanya plak sibuk kat dapur goreng cendawan sampai 2 kali






Bahan2 nya sebiji telur di pukul bersama satu sudu besar tepung gandum,cendawan tiram,cheese block,olive oil untuk mengoreng



Selepas siap goreng,parut cheese atas cendawan.




Hasil gorengan kedua untuk papa Zareef,tapi Zareef pun berebut nak makan lagi .




Sunday 14 October 2012

Chicken satay

 Petang tadi aku buat satay untuk Zareef .Resepi yang sangat mudah dan tak banyak bahan yang aku guna.Bahan-bahannye adalah 2 ketul isi ayam,1 sudu besar unsalted butter,1/2 biji bawang merah,2 ulas bawang putih,serbuk lada hitam,1 btg serai,2 camca besar olive oil.

Cara-caranya:-

isi ayam dipotong kecil2 dan direbus dengan unsalted butter selama 10-15 min


hiris bawang dan kemudiannya dikisar halus

masukkan ayam dalam bekas bawang yang telah di kisar

letakkan sedikit serbuk lada hitam dan diperap selama 2jam ataupun lebih,lagi lama perap lagi sedap.

masak atas non stick pan,serai dititik dan sapu isi ayam dengan olive oil

aku guna chop stick kayu dan bukannya lidi satay ,sebab tajam dan takut mencederakan anak.

taraa.....masukkan isi ayam pada batang chop stick dan siap untuk di makan

makan time!

untuk makan malam bubur nasi dengan satay ayam







Sunday 7 October 2012

Pasta-ghetthi with carrot sauce

Nama resepi ni pelik tul,tapi dah boleh agak da apa menu yang aku masak hari ni.Susah nak letak nama resepi ni.Aku buat pun asal boleh je.Janji anak aku dapat makan dengan apa yang ada.Asalnya hari ni nak buat spaghetthi bolognese versi baby,makanan favourite Zareef masa umur 11 bulan lebih.Tapi tomato dalam peti ais dah habis rupanya.Aku tak keluar pergi kedai pun semata2 nak beli bahan masakan yang tak cukup.Aku memang jenis simple.Sama jugak dengan masakan aku.Apa yang ade dalam peti ais aku masak.So,jadi la resepi yang tak seberapa ni.Apapun Zareef tak menolak untuk makan sebab die pun makan je apa yang aku masak.Like mother like son....ewwah2


Bahan2nye: Pasta Bowties dan Spaghetthi san remo
-pasta bowties tu aku patah2 kan jadi kecil dan spaghetti tu aku patah dua je
-rebus selama 20-30 minit dengan unsalted butter

Bahan2 utk sauce: 1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih,1/2 biji lobak merah,seketul isi ayam,1/2 biji kentang
-bawang besar dan bawang putih dipotong dadu
-lobak merah,ayam dan kentang di potong kecil2 dan di rebus selama 20 minit
kemudian di kisar halus
-tumis bawang dengan olive oil
- setelah keperangan,masukkan bahan kisar tadi,masak sehingga kuah jadi likat




















Saturday 6 October 2012

Pam susu sambil FB



Inilah aktiviti aku dari pantang sampai sekarang.Pum susu sambil FB.Ramai juga ibu2 kat luar sana buat benda yang sama.Almaklumlah,di sini tempat aku cari ilmu terutamanya dalam group KIM(http://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/).Kini,Zareef sudah pun berusia 14 bulan lebih dan masih breastfeed.Hari ni,aku terlewat bangun.Mungkin keletihan agaknya,lepas solat subuh aku sambung tido dan bangun pada pukul 3 ptg.Terkejut di buatnya,anak di rumah BS,aku janji nak ambil jam 5 ptg.Mujur sebelah umah jer.Ada dua jam lagi aku perlu pam susu segera,nanti tak de stok pulak.Lepas solat zohor,aku terus buka FB dan start mengepam,aku perlu tenang.Hasilnya dapat la 8 oz je.Aku bersyukur dengan rezeki yang ada.

Aku masih mampu bagi anak susu badan walaupun tak de stok,caranya aku kerap pam,kalau skip pam memang hasil merundum.Tambah2 lagi dekat nak datang cik P,hormon pun berubah.Tapi aku usaha setiap hari.Tido aku pun tak menentu paling lewat jam 3 pagi.Tambah pula si kecil pun kadang2 tido lewat.Aduh anak......hehee.Selepas jam 12 malam,aku akan kerap mengepam untuk kegunaan esoknya.Aku dah tak buat stok memandangkan Zareef semakin membesar,dan keperluannya kini adalah pemakanan yang seimbang.Jadi setiap hari aku bekalkan stok yang fresh sebanyak 5-6 botol je.Zareef akan minum dalam 3-4 botol semasa aku bekerja.Biasanya aku pam antara 3-4 jam sekali.Masa pantang dulu setiap 2 jam sekali.Moral of the story,kita kena kerap mengepam susu.Insyaallah,usaha kita akan dipermudahkan olehNYA......






Tuesday 2 October 2012

Butter rice with vege soup

Zareef dah masuk 14 bulan,masih suke makan nasi yang lembut ataupun bubur.Hari ni,untuk lunch die,aku buatkan nasi lembut dengan sup je.Ternyata die menerima dengan hati terbuka,hehee...Sesi makan merupakan aktiviti yang menyeronokkan kerana Zareef diberi kebebasan untuk makan sendiri sambil aku menyuapkannya.Setiap kali makan,aku on Baby tv ataupun bagi die tgk kartun depan tv.

Bab rumah jangan cakap la.Berterabur makanan kalau bagi die makan sendiri.Tapi aku tak kisah,itu sesi pembelajaran untuk Zareef.Lama2 ok la tu,dah ader skill.Memang penat sikit la sebab kena

kemas,menyapu,mop lantai setiap kali die makan.Bila tengok anak makan makanan yang kita masak dan habiskan memang puas hati.Hilang segala penat lelah..

Anyway,resepi aku memang simple je.Caranya:


  Butter rice-
  • Masak segenggam beras bersama unsalted butter,biar masak sampai lembut dan likat, dah masak isi dalam cawan dan telangkupkan               


   Vege soup-


  • 1/2 biji bawang besar dan 2 ulas bawang putih dikisar, dan tumis bersama dengan olive oil
  •  Setelah agak keperangan,masuk ikan bilis yg ditumbuk atau stok ayam
  • masukkan beberapa biji buah pelaga,bunga lawang,kayu manis,dan serbuk lada hitam
  • Kemudian masukkan sayur-sayur pilihan,aku guna carrot,kubis bunga,daun sup,daun bawang dengan cendawan tiram dan masak sampai sayuran empuk,       
       


Taraa...dah siap letak dalam pinggan besar




Hias dengan telur rebus


Makan sambil tangan sebelah pegang telur rebus,mana satu nak makan ni.


  

Monday 17 September 2012

Yogurt buah-buahan


Hari ni,aku sediakan yogurt buah-buahan untuk Zareef.Suke sangat die makan,habis semangkuk.


Aku guna yogurt farm fresh,bersama buah naga dan mangga yang di potong kecil2





Simple preparation






Sukenye die




Makan dengan gaya tersendiri







Belajar makan sendiri









Suka sangat guna sudu besar bila nak makan







Akhirnya habis semangkuk

12 BULAN : Zareef homemade wedges

Zareef dah sembuh,cuma selera makan masih kurang.Cian die,susut skit badannya.Takpe mama usaha untuk maintain berat badan anak bujang tersayang ni sebelum next follow up.So,aku usaha pelbagaikan resepinya.Tak nak memaksa die makan,cuma try and error jer.

 Aku buat wedges hari ni untuk menu petang.Resepi yang simple sangat.Hasilnya Zareef mula nak makan walaupun tak habis sepinggan.Sekurang2nye,aku dah cetus kembali deria rasanya.


Wedges ciptaan ku,sekali pandang macam cucur la.







Nampak isi dalam,selepas dipotong kecil2 .Senang Zareef nak pegang dan makan.




 RESEPI:

Bahan2 aku guna kentang,tepung atta,telur dan olive oil (1 thn ke atas baru boleh guna)

caranya mudah je
-rebus kentang terlebih dahulu,lepas dah lembut sejukkan dan potong beberapa bahagian seperti wedges
-sebiji telur dipukul kembang dan diadun bersama tepung atta
-celupkan kentang yang di rebus dalam adunan tepung atta
- goreng dengan olive oil hingga warna keperangan



Monday 10 September 2012

Zareef having vomitting and diarrhea

Kesian Zareef pada 7.9.2012  die tiba-tiba muntah2 selepas menyusu pada jam 5pagi,5-6 kali muntah.Cuak aku di buatnya.Mujur aku cuti hari tu,dapatlah pantau keadaan Zareef.Tengahari tu keadaan Zareef tak memuaskan,muntah berterusan sehingga keluar melalui hidung.Aku terus bagi air suam banyak2 dekat Zareef.Mujur die nak minum walhal sebelum ni die kurang suke minum air masak.Lepas muntah2,die dah cirit-birit pula.Susah hati aku tengok die macam tu,dengan segera aku bawa die ke klinik dengan suami.

Alhamdulilah,hasil pemeriksaan doktor Zareef tidak mengalami dehidrasi yang teruk.Jadi aku tak perlu bawa die ke hospital.Zareef hanya dapat ubat sakit perut dan ORS.Aku cuba bagi ORS, tapi Zareef tak suka.Mungkin tak biasa dengan rasa masin.Aku teruskan menyusu dan beri air suam.Selera Zareef pun menurun tapi die usaha untuk makan,aku bagi bubur kosong,memang die makan namun akhirnya keluar balik.Aku masak makanan kegemaran die spaghetti tanpa kuah,die masih nak makan tapi beberapa minit kemudian muntah lagi.Kali ni die meraung mungkin sebab dah penat dan perut lapar.Aku terpaksa rehatkan perut die dari segala bentuk makanan untuk hari ini.Memang penat sebab kerap menyusukan die.Inilah pengorbanan,mujur ada suami yang banyak membantu.

Keesokan harinya suami amik cuti jaga anak.Aku kena bekerja seperti biasa.Semakin hari selera Zareef berkurang,mungkin sebab fobia dengan muntah.Aku tak putus asa bagi die makan.Aku hanya bagi die makan buah2 je.Apapun Zareef masih aktif cuma mahu lebih perhatian.Cian anak mama.Semoga cepat sembuh ye sayang!


Zareef kepenatan sebab asyik muntah2 dan cirit-birit,Mama dah standby pampers banyak2.Senang nak tukar nanti.
Hanya pakai pampers jer,tak sampai sejam dah kena tukar.Cianlah die.

Sempat buat muka bila mama tengah snap pic,suke bergurau ye,bergenang air mata mama tengok semangat anak bujang tersayang ni


Thursday 30 August 2012

Food Jar

Akhirnya,dapat jugak aku cari food jar untuk Zareef.Sangat praktikal untuk di hantar ke rumah BS.Lagipun Zareef dah setahun,banyak makanan yang aku boleh letak dalam bekas ni.Tak mahal pun aku beli,tak silap harga tak sampai 70 ringgit.Sejak guna food jar ni senang BS aku nak handle makanan die.Semakin bersemangat la mama Zareef nak prepare food hari2.Semoga Zareef membesar dengan sihat dan bijak.



Sunday 26 August 2012

Syawal 2012

Syawal pada tahun lepas aku masih berpantang dan usia Zareef ketika tu genap sebulan.Pertama kali sambut raya dengan anak.Zareef pun sempat melaram baju melayu yang dibeli oleh opah@mak aku.Aku plak still beraya walaupun tengah berpantang tapi, bab2 makan aku masih pantang walaupun terliur nak makan itu ini.Aduh nak jaga badan punya pasal.Berbeza tahun ni,aku kena bekerja semasa Hari Raya.Almaklumlah kerja nurse ni,kena bergilir2 raya.

Aku kerja syif pagi,jadi lepas kerja aku bleh beraya rumah sedara mara.Aku dah pesan pada suami bawa anak beraya tahun ni walaupun mama nya sibuk bekerja.Mulanya suami enggan sebab aku bekerja dan die pun nak buat OT...Aku tak setuju sebab anak perlu diutamakan dan diberi peluang untuk mengumpul duit raya..heheeee...sukenya anak bujang aku melaram tahun ni.Siap bersongkok bersamping.Dah setahun lebih usianya.Syawal 2012,tahun kedua Zareef menyambut hari raya,semoga die akan faham suatu hari nanti bila aku tak dapat nak beraya dengannya pada tahun-tahun berikutnya.This is how i work my son.




Zareef berusia sebulan pada Syawal 2011




Zareef teruja



Dah pandai berkawan





Tuesday 31 July 2012

12 BULAN; Zareef 1st birthday

Semalam 30.7.2012 genap usia anakku Zareef 1 tahun....mama nye plak over excited..of course la,nak meraikan hari jadi pertama untuk anak bujang tersayang.Memandangkan dalam bulan ramadhan ni,tak de majlis hari jadi dan jemputan tetamu untuk hari jadi pertamanya.Cukuplah kami bertiga je,nak sambut pun lepas berbuka nanti.Aku memang plan nak buat kek untuknya.Aku dapat idea nak buat kek daripada buah-buahan segar,sebab Zareef tak di beri makan gula dan garam sebelum umur 2 tahun.Aku masih menyusu badan dan mahu menyempurnakannya sebaik mungkin.Insyaallah


Ini la cara2 aku buat kek buah..aku guna buah tembikai,honeydew,buah naga,kiwi,pisang,betik sebab buah2 ni favourite Zareef

tembikai dipotong dua



potong di bahagian atas dan pastikan ketinggian 3 inci

potong kulit di sekeliling tembikai secara membulat,
kalau boleh jgn potong sampai nampak isi merah..nanti berair pula

guna step yg sama utk honey dew


buang biji dan pastikan ketinggian dlm 3 inci



susun secara bertingkat,letak toothpicks sekeliling buah untuk menghias




Nombor di atas tu, aku guna betik dan ditegakkan guna toothpicks,guna betik sederhana masak,jadi senang nak ukir nombor

hias sekeliling honeydew



taraa....dah siap...


Aksi2 Zareef,sgt enjoy with his fresh fruit b-day cake

Zareef dah tak sabar cepat je tgn meluru pick his favourite fruit


makan sepuasnya,comot pun tak pe janji habis makan,tembikai bertingkat tu potong akhir sekali macam potong kek.







Happy 1st birthday Raja Zareef Raouf...semoga jadi anak yang bijak,baik hati,dan di beri kesihatan yang baik