Zareef in my womb

Zareef in my womb

Wednesday 30 January 2013

Banana bread pudding

Rajin pula aku hari ni,rasa nak buat bread banana pudding untuk Zareef.Fresh milk dekat rumah tak de,jadi aku ganti dengan yogurt jer.Blog aku ni bukan nak ajar mommies semua memasak sebab semua mommies kat luar sana dah memang terror memasak.Blog aku ni sekadar nak share dengan mommies semua bagaimana cara aku buat makanan anak tanpa menggunakan banyak bahan dan  mudah.Bukan bermakna tak cukup bahan kita tak boleh nak memasak untuk anak.Makanan untuk anak ni kalau boleh yang paling simple sebab kita tak tahu cara penerimaan anak terhadap makanan yang kita masak.Tak perlu beria2 nak cari bahan itu ini semata2 nak masak makanan anak.Bukan bermaksud kita pemalas atau kedekut,bersifat sederhana adalah lebih baik untuk elak pembaziran.Betul tak uols?Anyway,resepinya seperti di bawah:





Sebiji telur dipukul kembang,beberapa biji pisang emas di lecek



Sekeping roti,satu sudu besar unsalted butter yang telah di cairkan,2 sudu besar yogurt dan beberapa biji kismis untuk hiasan



masukkan telur dalam mangkuk pisang yang di lecek,bersama yogurt dan butter kemudian  sekeping  roti yang telah di carik

gaul sebati,masukkan dalam foil aluminium,letak kismis  kemudian bakar dalam suhu 200c selama 30 minit,




Siap di bakar dan boleh  juga di simpan dalam peti sejuk

Friday 25 January 2013

Yogurt drink and snek

Aku keje syif malam,sampai umah dah pukul 8 pagi.Lepas mandi jer aku terus breakfast kemudian sambung tido sampai jam 12 tengahari.Bangun tido jer ,aku terus masak bubur dan  buat` yogurt drink ' untuk Zareef. Sempat juga aku goreng ubi kayu sebagai snek Sekarang ni umur Zareef 17 bulan 25 hari.Lagi 5 hari genaplah usia dia 18 bulan.Zareef sekarang ni dah pandai mengamuk2 bila tak dapat benda yang dia nak.Aku tak melayan sangat tapi kalau dah sampai non stop mengamuk,menangis2,aku berikan jer apa yang dia nak.


Selalunya bila tengok aku makan mesti dia nak merasa makanan tu.Aku pun dah tak kisah sangat sebab umur dia hampir 2 tahun ,jadi kalau setakat merasa ais-krim,air kotak,keropok tu aku benarkan dengan syarat lepas keinginan dia dan bukannya menjadikan makanan tersebut sebagai menu hariannya.Aku cuba menjadi ibu yang fleksibel dengan keinginan anak yang meningkat dewasa.Setahun pertama sudah cukup untuk aku kawal pemakanan die.Namun aku akan teruskan sehingga umur 2 tahun.Maksudnya,aku tetap masak makanan die tanpa sebarang perasa,sos ataupun garam.


Bila umur dia dah 2 tahun,aku akan pelbagaikan rasa dalam menunya.Memang bagus jaga pemakanan anak selagi terdaya.kalau tidak berdaya lakukan setakat yang kita mampu itu dah cukup terbaik.




PART 1

Yogurt drink




Lunch Zareef




Fresh milk,yogurt dan buah naga,blend secawan yogurt bersama separuh biji buah naga dan tambah sedikit fresh milk,kalau tak nak pekat sangat,campur sedikit air masak



Nice colour,sedia untuk di minum..yummy2





 budak baru bangun tido




hilang dahaga,tengah menunggu makanan sampai sambil tengok kartun



Mommies boleh cuba guna epal,strawberi,kiwi ,orange dan lain2 untuk yogurt drink ni mengikut buah kegemaran anak.Aku guna buah naga sebab sememangnya favourite Zareef.



Part 2


Fried Potato

-ubi kayu di potong secara memanjang seperti jejari
-gaul bersama kunyit dan serbuk lada hitam
-masak dengan olive oil hingga garing














snek dah hidang ,tapi Zareef  leka minum sambil tengok kartun






dah minum baru jamah fried potato




PART 3

Popiah gulung bergoreng


Aku sediakan snek untuk Zareef semasa berada di rumah pengasuh


 Aku guna kulit popiah saiz mini je









gulung secara serong kemudian  di gunting menjadi dua





Senang digoreng dengan saiz sederhana






hasil gorengan




untuk bekalan di rumah BS



Thursday 24 January 2013

Astro promo

Iklan astro on the go (astro promo multiroom) baru jer keluar di kaca tv pada bulan lepas.Seingat aku shooting dah lama pada 31 oktober 2012.Memang risau juga sebab 1st time shooting dan buat tvc.Selama ni aku hanya buat iklan untuk majalah jer.Bila dapat casting call dan di pilih untuk jadi mummy,rasa macam tak yakin je.Mujur suami beri sokongan dan izinkan penglibatan aku dalam bidang ni,asalkan bersesuaian dengan status aku sebagai isteri dan ibu.

 Pengalaman pertama ini berjalan dengan baik.Aku selesa dengan persekitaran dan krew produksi yang banyak beri kerjasama.Apapun sangat2 kagum dengan adik Rykal Iskandar yang sangat petah berbicara dan bergurau ,walhal baru jer berumur 7 tahun.Tiba-tiba aku teringat pula anak aku Zareef di rumah pengasuh.Rindu pula rasanya.Bagi aku bukan mudah untuk aku berjauhan dari Zareef.Sejak bergelar ibu,aku kurangkan penglibatan aku dalam bidang ini.

Pasal duit memang masyuk bila sekali shooting.Tapi masa itu lebih berharga dari segalanya.Kalau buat shooting untuk majalah tak ambil masa yang lama.Antara 2-3 jam jer.Tapi kalau shooting untuk TVC,lebih kurang 8 jam atau lebih.

Iklan aku berkisarkan family nerd yang mempunyai citarasa yang sama dari segi makanan,pakaian,tingkah laku namun berbeza halnya ketika menonton tv.Si suami suka dengan program masakan,aku pula
suka menonton gusti,anak perempuan pula suka dengan drama korea dan si anak lelaki tak habis-habis menonton kartun.Akhirnya astro memperkenalkan dekoder utama untuk membolehkan semua ahli keluarga menonton siri kegemaran masing2.



wardrobe fitting
shooting

nerdy mom with daughter



nerdy son (Rykal Iskandar)






Wednesday 16 January 2013

Mini cheezy chappati

 Menu dinner Zareef hari ni aku buat chappati je.Beberapa jam lagi aku dah nak masuk keje malam,tak sempat nak masak nasi untuknya.Petang tadi aku dah siap2 uli tepung atta untuk buat chappati.

Caranya:

- masukkan tepung atta sebanyak 2 cawan kecil(cawan teh),sebiji
  telur,satu sudu besar unsalted butter dan olive oil ke dalam mangkuk
-tambah sedikit demi sedikit air hingga jadi adunan
-uli adunan untuk beberapa minit sehingga lembut
-masak atas kuali leper dengan sedikit olive oil
-untuk lebih sedap,parut cheese block atas permukaan chappati




chappati kosong






cheezy chappati

Wednesday 9 January 2013

Bihun goreng telur

Hari ni aku buzy keje dekat wad.Almaklumlah karenah pesakit ni pelbagai.Kena redha je la.Balik rumah jer aku siapkan dinner untuk Zareef.Aku masak bihun goreng je.Simple...x remeh pun.Untuk dinner papanya aku hanya masak kari ayam.Cukuplah satu lauk dengan telur dadar je.Mujur suami faham kerjaya aku yang tak menentu.Itu belum lagi kalau ader partime job,Mujur aku tak terikat dengan talent agency.Aku boleh datang casting atau terima job jika tidak bekerja serta atas izin suami.Akhir2 ni asyik dapat casting call tapi masa tak mengizinkan.Aku perlu utamakan kerja dan keluarga.Nak sambung belajar pun aku tak mampu sebab anak masih menyusu badan dan aku dah kurang minat nak belajar memandangkan tanngungjawab aku  tak terpikul.Apatah lagi suami kerja syif.

Resepi bihun goreng:

-tumis bawang merah dan bawang putih dengan olive oil
-masukkan sedikit ikan bilis yang di potong halus /ditumbuk
-masuk sebiji telur dan tauhu yang di potong dadu, dan masukkan bihun yang telah direndam
-bubuh sedikit air untuk lembutkan bihun yang di goreng

Siap untuk di makan.