Zareef in my womb

Zareef in my womb

Friday 25 January 2013

Yogurt drink and snek

Aku keje syif malam,sampai umah dah pukul 8 pagi.Lepas mandi jer aku terus breakfast kemudian sambung tido sampai jam 12 tengahari.Bangun tido jer ,aku terus masak bubur dan  buat` yogurt drink ' untuk Zareef. Sempat juga aku goreng ubi kayu sebagai snek Sekarang ni umur Zareef 17 bulan 25 hari.Lagi 5 hari genaplah usia dia 18 bulan.Zareef sekarang ni dah pandai mengamuk2 bila tak dapat benda yang dia nak.Aku tak melayan sangat tapi kalau dah sampai non stop mengamuk,menangis2,aku berikan jer apa yang dia nak.


Selalunya bila tengok aku makan mesti dia nak merasa makanan tu.Aku pun dah tak kisah sangat sebab umur dia hampir 2 tahun ,jadi kalau setakat merasa ais-krim,air kotak,keropok tu aku benarkan dengan syarat lepas keinginan dia dan bukannya menjadikan makanan tersebut sebagai menu hariannya.Aku cuba menjadi ibu yang fleksibel dengan keinginan anak yang meningkat dewasa.Setahun pertama sudah cukup untuk aku kawal pemakanan die.Namun aku akan teruskan sehingga umur 2 tahun.Maksudnya,aku tetap masak makanan die tanpa sebarang perasa,sos ataupun garam.


Bila umur dia dah 2 tahun,aku akan pelbagaikan rasa dalam menunya.Memang bagus jaga pemakanan anak selagi terdaya.kalau tidak berdaya lakukan setakat yang kita mampu itu dah cukup terbaik.




PART 1

Yogurt drink




Lunch Zareef




Fresh milk,yogurt dan buah naga,blend secawan yogurt bersama separuh biji buah naga dan tambah sedikit fresh milk,kalau tak nak pekat sangat,campur sedikit air masak



Nice colour,sedia untuk di minum..yummy2





 budak baru bangun tido




hilang dahaga,tengah menunggu makanan sampai sambil tengok kartun



Mommies boleh cuba guna epal,strawberi,kiwi ,orange dan lain2 untuk yogurt drink ni mengikut buah kegemaran anak.Aku guna buah naga sebab sememangnya favourite Zareef.



Part 2


Fried Potato

-ubi kayu di potong secara memanjang seperti jejari
-gaul bersama kunyit dan serbuk lada hitam
-masak dengan olive oil hingga garing














snek dah hidang ,tapi Zareef  leka minum sambil tengok kartun






dah minum baru jamah fried potato




PART 3

Popiah gulung bergoreng


Aku sediakan snek untuk Zareef semasa berada di rumah pengasuh


 Aku guna kulit popiah saiz mini je









gulung secara serong kemudian  di gunting menjadi dua





Senang digoreng dengan saiz sederhana






hasil gorengan




untuk bekalan di rumah BS



No comments: