Zareef in my womb

Zareef in my womb

Tuesday 31 July 2012

12 BULAN; Zareef 1st birthday

Semalam 30.7.2012 genap usia anakku Zareef 1 tahun....mama nye plak over excited..of course la,nak meraikan hari jadi pertama untuk anak bujang tersayang.Memandangkan dalam bulan ramadhan ni,tak de majlis hari jadi dan jemputan tetamu untuk hari jadi pertamanya.Cukuplah kami bertiga je,nak sambut pun lepas berbuka nanti.Aku memang plan nak buat kek untuknya.Aku dapat idea nak buat kek daripada buah-buahan segar,sebab Zareef tak di beri makan gula dan garam sebelum umur 2 tahun.Aku masih menyusu badan dan mahu menyempurnakannya sebaik mungkin.Insyaallah


Ini la cara2 aku buat kek buah..aku guna buah tembikai,honeydew,buah naga,kiwi,pisang,betik sebab buah2 ni favourite Zareef

tembikai dipotong dua



potong di bahagian atas dan pastikan ketinggian 3 inci

potong kulit di sekeliling tembikai secara membulat,
kalau boleh jgn potong sampai nampak isi merah..nanti berair pula

guna step yg sama utk honey dew


buang biji dan pastikan ketinggian dlm 3 inci



susun secara bertingkat,letak toothpicks sekeliling buah untuk menghias




Nombor di atas tu, aku guna betik dan ditegakkan guna toothpicks,guna betik sederhana masak,jadi senang nak ukir nombor

hias sekeliling honeydew



taraa....dah siap...


Aksi2 Zareef,sgt enjoy with his fresh fruit b-day cake

Zareef dah tak sabar cepat je tgn meluru pick his favourite fruit


makan sepuasnya,comot pun tak pe janji habis makan,tembikai bertingkat tu potong akhir sekali macam potong kek.







Happy 1st birthday Raja Zareef Raouf...semoga jadi anak yang bijak,baik hati,dan di beri kesihatan yang baik








Sunday 1 July 2012

11 BULAN: Zareef suke makan puding

Zareef  dah 11 bulan lebih,nak cuba die makan puding plak.Kat dapur ada agar2 strip,jadi aku dapat idea nak buat puding yang senang di makan dan boleh di pegang.Sejak  berubah umur,Zareef kurang suka di suap makan,tapi bila aku bagi guna tangan,laju plak dia makan.Adoi..sayang mama ni,hurm..pisang dalam peti ais tak berusik,rolled oats yang dibeli tak guna lagi sebab asyik buat bubur jer.So,hari ni tukar resepi baru untuk Zareef.Nak tengok reaksinya bagaimana,he like it or not...

Minggu pertama aku buat puding pisang jer.First try sedikit keras sebab kurang air,but second time...hasilnya SUPERB...practice make perfect! I'm not good in cooking,but i can cook for my hubby and my lil son.Kira ok la tu..heheee..




       - masak agar2 strip setengah paket dengan 500mls air
- masuk pisang yang telah di lecek
  -kacau sampai sebati dan kembang
- simpan dan sejukkan dalam bekas bertutup


Minggu berikutnya aku guna step yang sama,but tambah rolled oats.Hasilnya macam tempe la plak bila di potong.Tapi Zareef suke makan,dah kenyang dia genggam puding tu and main2.Lega hati aku bila selera makan die dah kembali.Maksudnya die nak pelbagai rasa dalam diet nya.









p/s: rolled oats perlu direndam dengan perahan limau nipis atau kasturi lebih kurang 7-8 jam untuk mengurangkan acid phytic yang menyebabkan kekurangan mineral dan zat berguna untuk anak jika kita tidak merendamnya.