Zareef in my womb

Zareef in my womb

Friday 20 September 2013

Cara bercerai susu badan

Alhamdulilah.....genap sudah penyusuan Zareef 2 tahun mengikut kalender Islam.Tak dapat dinafikan pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang menyusukan Zareef.Tanpa di sangka aku mampu menyusukan Zareef walaupun tak sehebat ibu yang lain.Untuk kandungan kedua aku ingin buat yang lebih terbaik,insyaallah.Cerita bab bercerai susu ni bukan mudah,hanya mereka yang betul2 nekad je mampu melakukannya.2,3 bulan sebelum usia Zareef 2 tahun aku kerap bagi die minum fresh milk jenama DUCTHLADY..Bila Zareef dah biasa minum fresh milk aku kurangkan penyusuan.Waktu malam,aku minta bantuan Mr.Hubby untuk tidurkan anak dengan minum susu dalam botol,kalau tidak dia akan cari cik B plak

Pada mulanya agak sukar sebab terpaksa tahan telinga dengar Zareef meraung2 nak menyusu.Kalau menangis pun dalam 5-10 min jer,lepas tu dier ok.Yang penting masa Mr.Hubby nak tidokan Zareef, aku kena jauhkan diri darinya.Aku tidak akan tido selagi Zareef belum tido.Lepas dier tido,aku akan tido di sebelahnya.Tujuannya supaya bau badan aku tak menganggu dier menyusu botol.

2 minggu sebelum genap 2 tahun,aku terus tak bagi Zareef direct feeding,aku hanya bagi EBM atau fresh milk guna botol.Caranya aku akan baringkan dier di sebelah sambil bagi dier pegang botol susu. Pada masa yang sama bg dier sentuh cik b untuk lepas rasa rindu.Aku guna kaedah ini pada waktu siang jer.Bila Zareef dah biasa,aku aplikasi kaedah ini waktu siang dan malam,

Adakalanya,Zareef teringat2 sampai baling2 botol susu..Memang sedih tengok Zareef beremosi tapi aku perlu kuatkan semngat untuk mengajar die untuk berhenti menyusu ketika berumur 2tahun.
Kaedah ini telah berjaya,hampir sebulan setengah Zareef berhenti menyusu badan dan kandunganku kini telah masuk 4 bulan.Jadi aku dapat membuat persediaan penyusuan untuk anak kedua.Zareef pun dah boleh berdikari,kadangkala die agak cengeng,dan mengamuk tanpa sebab,memang menguji kesabaranku...Nak perhatian lebih agaknya.Harap aku mampu handle 2 orang anak selepas ini.Risau juga,tapi aku hanya mampu berusaha dan berdoa.Semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusanku.


EBM saat2 akhir dalam proses bercerai susu


Zareef direct feeding untuk saat2 terakhir