Zareef in my womb

Zareef in my womb

Monday 30 January 2012

6 BULAN: Zareef first solid food

PART 1
Hari ini genap umur Zareef 6 bulan.Alhamdulilah rezeki Zareef ,aku masih menyusu badan.So,dah 6 bulan aku perlu memperkenalkan makanan pelengkap untuknya.Tapi nak mulakan dengan ape ye?.Akhirnya aku mendapat jawapan melalui pembacaan dengan melayari internet.Cadangan dari seorang Pegawai Zat Makanan,Jabatan Kesihatan.Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal,pisang,betik,pear,apricot.Jadi hari pertama aku cuba puree epal.Aku aplikasi 4 day rule dengan memberi makanan yang sama selama 4 hari untuk melihat anak aku serasi ataupun mengalami alahan terhadap makanan.Ini cara aku pada hari pertama prepare food untuk Zareef.Jom kita same2 share.Simple jer,tak perlu bagi anak nestum atau biskut.Kita buat sendiri jer,cuma perlu korban masa sikit.Air tangan ibu is a powerful tools for bonding.



Buah epal merah jadi pilihan,bukan yang hijau masam tu.

Dipotong dadu

Rebus beberapa minit jer

Blend dalam pengisar yang khas untuk kisar makanan anak dengan sedikit air rebusan epal 


Hasil epal yang telah menjadi puri,jangan terlalu cair sangat yer



Dah siap untuk di campur dengan susu badan.Kalu nak campur dengan susu badan semasa blend tadi pun boleh..tak perlu guna air rebusan epal..




AKHIRNYA...dapat juga aku aplikasi semua ni dan hasilnya Zareef tak menolak puri pertamaku,malah di habiskan satu kiub...Alhamdulilah










Thursday 19 January 2012

Cabaran menyusukan anak

Teruja sekali apabila bergelar ibu....terasa begitu besar tanggungjawab ini dalam menjaga dan mendidik anak...Sejak mengandung lagi,aku memang berhasrat nak menyusukan Zareef sepenuhnya...tapi mampukah aku?Aku mula mencari info2 tentang penyusuan dan bersedia dari segi mental dan fizikal.

Setelah kembali bekerja selepas bercuti 3 bulan ,aku mula mengepam di tempat kerja.Aku kerja syif.Cara aku pam susu tak sama macam mommies yang kerja ofis hour.Jadi aku akan keluar untuk pam susu dalam masa yang singkat maklumlah kerja staffnurse ni tak menentu.Jadual pam aku macam ni

SYIF PAGI: 0700-1400

-aku mula pam antara jam 7.30 hingga 7.45 am sebelum doc datang buat round
-sesi kedua aku pam  antara jam 11.00 hingga 11.15 am
-sesi ketiga waktu nak lunch dan solat zohor aku pam  pada jam 1320-1340pm

SYIF PETANG:1400-2100

-aku akan datang awal sikit jadi aku mula pam antara jam 1315-1330 pm dan terus solat zohor
-sesi kedua masa aku pam  antara jam 1700-1715pm dan terus solat Asar
-sesi ketiga aku pam antara  jam 1940-1950pm dan terus solat Maghrib
-kalau aku tak bz time tu,aku keluar untuk solat isyak  dan pam susu jam 2040-2050pm


SYIF MALAM:2100-0700

-aku akan datang awal sikit dan mula pam jam 2000-2015pm
-sesi kedua  aku pam pada jam 2200-2215pm
-sesi ketiga pada jam 2400-0015am
-sesi keempat pada jam 0600-0615  dan terus solat subuh


Kita boleh adjust ikut kelapangan masa yang  kita ada ketika bekerja.Rutin aku  pam susu,macam pergi toilet jer.Aku tak ambil masa lama2.Aku ambil sedikit masa pada waktu rehat atau solat.Aku tak tunggu nak pam hingga susu penuh sebotol.Masa mula-mula aku pam di tempat kerja,hasilnye kurang,tapi aku tak patah semangat.Aku pam ikut jumlah oz anak aku minum..Anak aku pada masa tu baru umur 3 bulan lebih dan  masih minum 2-2.5 oz jer.Jadi bila pam,aku akan pam setakat 2oz je.Kalu aku dapat 1oz pun aku simpan then next pumping dapat lagi 1oz aku akan campur.Susu yang diperah boleh campur,tapi dengan suhu yang sama dan hasil perahan dalam masa 24 jam jer

Aku tak tunggu susu penuh,tapi kerap kosongkan cik B..Jadi umpama flush toilet la,kalau flush baru air masuk..,macam tu juga dengan konsep susu badan,lagi kerap kita kosongkan,lagi banyak kuantiti susu yang dapat diperah.

Sekarang nie,bila aku perah kuantiti susu semakin bertambah.Aku tak mengamalkan apa2 milk booster.Aku hanya mampu berdoa,disamping emosi yang tenang dan ceria di tambah pula dengan sokongan suami yang menjadi pembakar semangat.

Wednesday 18 January 2012

Kehidupan baru aku sebagai seorang ibu

Macam bermimpi je setelah bergelar ibu.Teringat sewaktu
mengandungkan Zareef.Alhamdulilah,aku tak pernah mengalami mual muntah atau mengidam.Teringin juga nak alami perasaan 
itu bila lihat kawan2 yang mengandung semua ader ragam masing2..
.Macam tak terasa jer aku mengandung..Mungkin ader hikmahnye
yang aku sendiri tidak tahu...

Aku sangat aktif sewaktu mengandung...suka berjalan-jalan ke sana
ke mari...Bila cuti jer ,mesti ader plan gan suami untuk ber`dating '.
Sedar tak sedar,aku kini memiliki seorang cahaya mata yang di beri 
nama Raja Zareef Raouf yang kini telah berusia 5 bulan lebih.
.Ternyata aku mampu breastfeed die hingga ke saat ini..mujur 
suami banyak beri sokongan dari mula aku melahirkan Zareef
semoga aku dapat breastfeed Zareef sehingga 2 tahun..insyaallah..