Zareef in my womb

Zareef in my womb

Thursday 19 January 2012

Cabaran menyusukan anak

Teruja sekali apabila bergelar ibu....terasa begitu besar tanggungjawab ini dalam menjaga dan mendidik anak...Sejak mengandung lagi,aku memang berhasrat nak menyusukan Zareef sepenuhnya...tapi mampukah aku?Aku mula mencari info2 tentang penyusuan dan bersedia dari segi mental dan fizikal.

Setelah kembali bekerja selepas bercuti 3 bulan ,aku mula mengepam di tempat kerja.Aku kerja syif.Cara aku pam susu tak sama macam mommies yang kerja ofis hour.Jadi aku akan keluar untuk pam susu dalam masa yang singkat maklumlah kerja staffnurse ni tak menentu.Jadual pam aku macam ni

SYIF PAGI: 0700-1400

-aku mula pam antara jam 7.30 hingga 7.45 am sebelum doc datang buat round
-sesi kedua aku pam  antara jam 11.00 hingga 11.15 am
-sesi ketiga waktu nak lunch dan solat zohor aku pam  pada jam 1320-1340pm

SYIF PETANG:1400-2100

-aku akan datang awal sikit jadi aku mula pam antara jam 1315-1330 pm dan terus solat zohor
-sesi kedua masa aku pam  antara jam 1700-1715pm dan terus solat Asar
-sesi ketiga aku pam antara  jam 1940-1950pm dan terus solat Maghrib
-kalau aku tak bz time tu,aku keluar untuk solat isyak  dan pam susu jam 2040-2050pm


SYIF MALAM:2100-0700

-aku akan datang awal sikit dan mula pam jam 2000-2015pm
-sesi kedua  aku pam pada jam 2200-2215pm
-sesi ketiga pada jam 2400-0015am
-sesi keempat pada jam 0600-0615  dan terus solat subuh


Kita boleh adjust ikut kelapangan masa yang  kita ada ketika bekerja.Rutin aku  pam susu,macam pergi toilet jer.Aku tak ambil masa lama2.Aku ambil sedikit masa pada waktu rehat atau solat.Aku tak tunggu nak pam hingga susu penuh sebotol.Masa mula-mula aku pam di tempat kerja,hasilnye kurang,tapi aku tak patah semangat.Aku pam ikut jumlah oz anak aku minum..Anak aku pada masa tu baru umur 3 bulan lebih dan  masih minum 2-2.5 oz jer.Jadi bila pam,aku akan pam setakat 2oz je.Kalu aku dapat 1oz pun aku simpan then next pumping dapat lagi 1oz aku akan campur.Susu yang diperah boleh campur,tapi dengan suhu yang sama dan hasil perahan dalam masa 24 jam jer

Aku tak tunggu susu penuh,tapi kerap kosongkan cik B..Jadi umpama flush toilet la,kalau flush baru air masuk..,macam tu juga dengan konsep susu badan,lagi kerap kita kosongkan,lagi banyak kuantiti susu yang dapat diperah.

Sekarang nie,bila aku perah kuantiti susu semakin bertambah.Aku tak mengamalkan apa2 milk booster.Aku hanya mampu berdoa,disamping emosi yang tenang dan ceria di tambah pula dengan sokongan suami yang menjadi pembakar semangat.

No comments: