Zareef in my womb

Zareef in my womb

Tuesday 21 May 2013

Nasi lemak biasa

Malam tadi aku masak nasi lemak untuk dinner Zareef.Kebetulan daun pisang ader kat rumah,aku beli tempoh ari untuk buat ikan bakar.Banyak juga Zareef makan malam tadi,dier dapat habiskan separuh nasi lemak.Ok la tu.Selalu makan berapa suap jer.Kenyang die makan nasi lemak yang berlemak tu.Sekali sekala makan bersantan  tak pe.Jangan selalu,x elok lemak2 ni.Bagi aku,nak ikut selera anak yang semakin membesar ni bukan mudah,dan memaksa anak makan itu bukan jalan yang terbaik.Apa yang penting cara masakan kita yang pelbagai dan mudah.Bagi aku kalau anak dah makan walaupun tak habis makanan tu adalah cukup baik.At least dia makan makanan yang berkhasiat.Kalau nak dibandingkan kanak2 lain ader yang tak nak makan langsung kecuali makanan ringan dan minum susu jer..Alhamdulilah setakat ni Zareef masih nak makan aper yang aku masak.Anyway,berikut resepi nasi lemak biasa yang simple....

Bahan2..

NASI LEMAK
-secawan beras
-santan fresh guna separuh jer(bukan santan kotak yer...)
-beberapa keping daun pandan
-setengah biji bawang besar
-setengah inci halia

1.basuh beras,masukkan santan dan sedikit air
2.masukkan daun pandan yg telah disimpul bersama bawang dan halia yang telah di hiris
3.masak dengan menggunakan periuk kecil,


SAMBAL IKAN BILIS

-sebiji tomato,sedikit cupsicum
-setengah biji bawang besar
-sebiji bawang putih
-segenggam ikan bilis yang telah direndam
-minyak jagung
(aku dah tak guna olive oil,Zareef pun hampir berusia 2 thn bulan 7 nie.Guna minyak masak biasa pun boleh,tapi makesure anak dah berumur setahun lebih yer)

1.potong tomato dan cupsicum dan kisarkan
2.potong dadu bawang merah dan bawang putih kemudian tumiskan
3.masukkan ikan bilis yang ditumbuk
4.bila agak kekuningan masukkan bahan kisar dan masak sehingga kuah pekat,boleh tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat

P/S: Kalau nak masuk ikan bilis tanpa ditumbuk terlebih dahulu pun tak pe atau nak goreng pun boleh.
Zareef suke makanan yang mudah di kunyah.kalau berketul2 di luah nye balik.ikut citarasa anak masing2 yer..