Zareef in my womb

Zareef in my womb

Monday 10 September 2012

Zareef having vomitting and diarrhea

Kesian Zareef pada 7.9.2012  die tiba-tiba muntah2 selepas menyusu pada jam 5pagi,5-6 kali muntah.Cuak aku di buatnya.Mujur aku cuti hari tu,dapatlah pantau keadaan Zareef.Tengahari tu keadaan Zareef tak memuaskan,muntah berterusan sehingga keluar melalui hidung.Aku terus bagi air suam banyak2 dekat Zareef.Mujur die nak minum walhal sebelum ni die kurang suke minum air masak.Lepas muntah2,die dah cirit-birit pula.Susah hati aku tengok die macam tu,dengan segera aku bawa die ke klinik dengan suami.

Alhamdulilah,hasil pemeriksaan doktor Zareef tidak mengalami dehidrasi yang teruk.Jadi aku tak perlu bawa die ke hospital.Zareef hanya dapat ubat sakit perut dan ORS.Aku cuba bagi ORS, tapi Zareef tak suka.Mungkin tak biasa dengan rasa masin.Aku teruskan menyusu dan beri air suam.Selera Zareef pun menurun tapi die usaha untuk makan,aku bagi bubur kosong,memang die makan namun akhirnya keluar balik.Aku masak makanan kegemaran die spaghetti tanpa kuah,die masih nak makan tapi beberapa minit kemudian muntah lagi.Kali ni die meraung mungkin sebab dah penat dan perut lapar.Aku terpaksa rehatkan perut die dari segala bentuk makanan untuk hari ini.Memang penat sebab kerap menyusukan die.Inilah pengorbanan,mujur ada suami yang banyak membantu.

Keesokan harinya suami amik cuti jaga anak.Aku kena bekerja seperti biasa.Semakin hari selera Zareef berkurang,mungkin sebab fobia dengan muntah.Aku tak putus asa bagi die makan.Aku hanya bagi die makan buah2 je.Apapun Zareef masih aktif cuma mahu lebih perhatian.Cian anak mama.Semoga cepat sembuh ye sayang!


Zareef kepenatan sebab asyik muntah2 dan cirit-birit,Mama dah standby pampers banyak2.Senang nak tukar nanti.
Hanya pakai pampers jer,tak sampai sejam dah kena tukar.Cianlah die.

Sempat buat muka bila mama tengah snap pic,suke bergurau ye,bergenang air mata mama tengok semangat anak bujang tersayang ni


No comments: