Zareef in my womb

Zareef in my womb

Saturday 6 October 2012

Pam susu sambil FB



Inilah aktiviti aku dari pantang sampai sekarang.Pum susu sambil FB.Ramai juga ibu2 kat luar sana buat benda yang sama.Almaklumlah,di sini tempat aku cari ilmu terutamanya dalam group KIM(http://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/).Kini,Zareef sudah pun berusia 14 bulan lebih dan masih breastfeed.Hari ni,aku terlewat bangun.Mungkin keletihan agaknya,lepas solat subuh aku sambung tido dan bangun pada pukul 3 ptg.Terkejut di buatnya,anak di rumah BS,aku janji nak ambil jam 5 ptg.Mujur sebelah umah jer.Ada dua jam lagi aku perlu pam susu segera,nanti tak de stok pulak.Lepas solat zohor,aku terus buka FB dan start mengepam,aku perlu tenang.Hasilnya dapat la 8 oz je.Aku bersyukur dengan rezeki yang ada.

Aku masih mampu bagi anak susu badan walaupun tak de stok,caranya aku kerap pam,kalau skip pam memang hasil merundum.Tambah2 lagi dekat nak datang cik P,hormon pun berubah.Tapi aku usaha setiap hari.Tido aku pun tak menentu paling lewat jam 3 pagi.Tambah pula si kecil pun kadang2 tido lewat.Aduh anak......hehee.Selepas jam 12 malam,aku akan kerap mengepam untuk kegunaan esoknya.Aku dah tak buat stok memandangkan Zareef semakin membesar,dan keperluannya kini adalah pemakanan yang seimbang.Jadi setiap hari aku bekalkan stok yang fresh sebanyak 5-6 botol je.Zareef akan minum dalam 3-4 botol semasa aku bekerja.Biasanya aku pam antara 3-4 jam sekali.Masa pantang dulu setiap 2 jam sekali.Moral of the story,kita kena kerap mengepam susu.Insyaallah,usaha kita akan dipermudahkan olehNYA......






No comments: