Zareef in my womb

Zareef in my womb

Monday 9 June 2014

Cara untuk kumpul stok susu ketika cuti bersalin

Blog ` Momma Zareef' ni wujud ketika Zareef berusia 5 bulan.Jadi aku tak sempat  berkongsi pengalaman mengumpul stok sewaktu cuti bersalin dahulu.Untuk entry kali ini,aku berkongsi tentang mengumpul stok untuk anak keduaku Zayyad.Cuti 3 bulan kali ni,aku guna sebaik-baiknya untuk kumpul stok susu Memang aku lalui saat sukar sebab nak handle dua anak.Mujur berpantang di kampung dan mak boleh jaga aku dan anak2.Pada waktu itu juga aku dah mula kumpul stok sikit2.Aku kumpul bila ada kelapangan.Biasalah anak yang baru lahir kerap menyusu.Jadi waktu sesuai untuk pam bila anak tido sebaiknya selepas jam 12 mlm.

Sedar tak sedar,aku akan mula bekerja malam esok hari selepas bercuti lebih dari 3 bulan.Hanya stok ini yang aku dapat kumpul selama bercuti.Stok biasa-biasa je janji cukup untuk anak aku semasa dalam jagaan pengasuh.

STOK EBM FROZEN




EBM FRESH


So,kat sini aku nak share dengan bakal ibu2 baru agar bersemangat nak pam susu.Tips-tips yang mudah dalam persediaan untuk menyusukan anak



1.Mental dan fizikal:

Dari mengandung lagi kena berazam dan yakin dapat menyusukan anak.Selepas anak lahir kena kerap menyusu anak dan juga pam susu agar pengeluaran susu lancar.Lagi kerap kita pam,lagi banyak susu yang dihasilkan.Memang letih jaga anak, jadi fizikal kita kena kuat untuk bangun malam2 dan pam susu setiap 2 jam kalau boleh.Kena ambil makanan seimbang dan kerap makan untuk kita sentiasa bertenaga

2.Pengetahuan tentang penyusuan:

At least,kita kena tahu cara simpanan susu dan berapa banyak stok yang perlu simpan dalam tempoh bekerja.Kita kena rajin membaca buku2 tentang penyusuan ataupun melayari internet.MR.GOOGLE kan ada,so ilmu di hujung jari je.Semasa kita mengandung pun,kita akan di beri taklimat tentang penyusuan semasa follow up di klinik.Jadi kena dengar ceramah penyusuan dan ajak suami sekali untuk moral support.

 3.Bertanya

Kalau ada masalah, kita jangan malu bertanya kepada mereka2 yang berjaya susukan anak sehingga 2 tahun.Mungkin ada saudara mara atau kawan2 kita yang berjaya menyusukan anak dan mereka mempunyai pengalaman yang lebih.Jangan risau mereka semua akan bantu untuk selesaikan masalah.kita.Selain itu, kita boleh bertanya dan berkongsi pengalaman di laman sosial seperti FB iaitu  group KIM(Kumpulan Ibu Menyusukan)

4.Alat pam susu dan bekas simpan susu

Untuk menjayakan penyusuan sepenuhnya bagi ibu yang berkerjaya,kita perlu sedia untuk beli pam susu tak kiralah jenis manual atau elektrik

Paling utama sekali kita perlu berdoa dan tawakal agar perjalanan penyusuan kita dipermudahkan olehNYA.Anyway,So,aku nak kongsi tips dan cara nak kumpul stok susu

Cara nak simpan dan kumpul stok

1.1st sekali kena kerap DF(direct feeding)anak.Untuk 24 jam pertama hanya ade keluaran kolostrum.Jangan risau teruskan menyusu dan picit nipple untuk yakinkan diri ade kolostrum.Untuk hari berikutnya akan keluar susu kekuningan.Kalau susu banyak keluar atau bengkak susukan anak sekerapnya tapi kalau anak tido,perah guna tangan(marmet) dahulu untuk simpan susu.Bila anak di ajar bottle baru bagi susu perahan tadi.Kalau takut anak keliru boleh guna syringe/cup/sudu.Macam aku anak da diajar awal bottle sebab nak cepat turun kuning dan saja nak latih anak minum bottle awal2,jadi bila masuk kerja x susah

2.Simpan dalam bekas atau botol kecil (2 oz) supaya kita rasa susu itu cukup dan banyak.Botol 2 oz banyak jual kat Giant atau Tesco.Boleh mula mengepam seminggu-2 minggu lepas bersalin.Ada yang mula lambat contohya 2 minggu sebelum masuk kerja.Ikut cara masing2.Macam aku pam dan ajar anak awal2 lagi supaya anak tak keliru dan tidak terkejar2 kumpul stok susu bila nak masuk kerja nanti.

3.Waktu sesuai nak pam susu bila anak tido.Kena gigih pam susu malam2..pam setiap 2 -3 jam sekali.Sebab waktu berpantang anak asyik nak melekap/mengempeng je jadi pam bila ade masa terluang.Boleh juga pam ketika anak tenang dan telah kenyang menyusu.Kena guna sedikit masa untuk pam sekejap

4.Keutamaan adalah direct feeding.Utamakan anak dahulu sebelum nak pam susu.Guna masa yang ada untuk menyusu badan.Pam bila ada kelapangan.Contoh bila pam anak menangis,henti mengepam sekejap dan terus susukan anak.

No comments: