Zareef in my womb

Zareef in my womb

Monday 28 April 2014

Pengalaman bersalin anak kedua Raja Zayyad Rasyad


Kenangan yang tak mungkin aku lupa sepanjang bergelar seorang ibu dan semestinya pengalaman bersalin.Minggu2 terakhir,aku mula  gelisah sebab memikirkan usia kandungan yang hampir mencecah 40 minggu dalam beberapa hari lagi.

Pada 2.3.14 jam 6 pagi aku mula rasa sakit perut yang memulas dan kontraksi yang sedikit kuat berbanding malam tadi.Aku mula rasa tak selesa.Aku terus ke tandas,dan aku lihat ada lendiran kecoklatan.Tapi aku masih `cool' lagi sebab tiada keluaran darah dan kontraksi ketika itu tidak kerap.Aku pun terus solat Subuh.Selesai solat aku berdoa agar dipermudahkan kelahiran dan berharap kandunganku tidak overdue dan aku tidak mahu induce.Aku inginkan sakit bersalin secara semulajadi.

Selesai solat,aku mula rasa tak selesa,sakit terlalu kuat.Satu jam,aku rasa kontraksi antara 5-6 kali.Aku tak sempat tengok jam berapa minit kesakitan yang di alami.Kemudian keluar pula tanda lendiran bercampur darah.Aku terus kejutkan Mr.Hubby dari tidur,cakap dah mula rasa sakit2.Masa tu jam hampir 7 pagi.

Lepas Mr.Hubby solat Subuh,aku minta die standby makanan,sebab aku rasa macam nak bersalin hari ini.Aku mula wassup member2 cakap aku dah sakit2.Ikut jadual aku bekerja syif petang.Aku tak sure samada aku mampu tahan sakit sampai tengahari.Dalam pukul 8 lebih aku mula siap2 mandi,aku cakap tak tahan sakit.Aku tengok jam pukul 8.30 pagi.Hubby belikan roti canai untuk sarapan.Aku mengunyah sambil tahan sakit dan melakukan senaman pernafasan.Jam 9 pagi sakit kontraksi datang setiap 5 minit.aku menjerit minta di hantarkan ke wad bersalin segera sebab rasa sakit yang teramat sangat.Aku mula marah2 minta suami kejutkan Zareef dan bergegas ke hospital.

Zareef muka terpinga2 dan tak mandi senyap tengok aku tak keruan...dalam kereta aku dah mengerang sambil baca doa nabi yunus dan berzikir

Sampai hospital aku terus di bawa ke wad bersalin oleh guard dengan kerusi roda sebab hubby x dapat nak hantar aku sebab Zareef  dalam kereta.Sampai wad bersalin bukaan rahim aku di periksa.Terdengar suara2 doctor cakap kalau pecahkan ketumban terus bersalin.Rupanya bukaan aku 8-9 cm sahaja.

Tepat jam 1019am aku bersalin.Waktu tu suami baru sampai rumah dan siapkan Zareef.Terkejut die dapat tahu aku dah bersalin.Alhamdulilah,syukur kepadaNYA kerana mempermudahkan proses bersalin kali ni.



No comments: